Tuesday, August 4, 2009

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT



Hikmah dan tujuan ALLAH mensyariatkan zakat antaranya ialah :
1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang kurang berada.
2. Membersihkan diri pembayar zakat.
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH di kalangan golongan yang berada.
5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik.
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7. Memberikan peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat ISLAM dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9. Memberikan masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH.
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT


Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:


ASNAF FAKIR
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
ASNAF MISKIN
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
ASNAF AMIL
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
ASNAF MUALLAF
Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
ASNAF RIQABI
aitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
ASNAF GHARIMIN
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
ASNAF FISABILILLAH
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untukmenegakkan syiar Islam.
ASNAF IBNI SABIL
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

PENGERTIAN ZAKAT




PENGERTIAN ZAKAT
DARI SEGI BAHASA :
Zakat bererti ”BERSIH” , ”SUCI” , ”SUBUR”, ”BERKAT” dan ”BERKEMBANG”.
Pengertian ”BERSIH” dan ”SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu.
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Hikmah dan tujuan ALLAH mensyariatkan zakat antaranya ialah :
1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2. Membersihkan diri pembayar zakat.
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH di kalangan golongan yang berada.
5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik.
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7. Memberikan peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat ISLAM dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9. Memberikan masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH.
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
Sumber: www.zakatpahang.my

ZAKAT FITRAH


Kewajipan berzakat adalah wajib seperti yang tercatat di dalam salah satu rukum Islam. Seperti Firman Allah ;
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Surah At-Taubah (ayat 103)

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat".
Surah An-Nur (ayat 56)